
Pengajian Kamis Subuh di Masjid ANNUR PJMI Bintaro Jurang Mangu Timur Pd. Aren Tangerang Selatan
16 Rajab 1446 H
16 Januari 2025 M
Tema : ADAB AZAN
Oleh : Hasan Yazid Al-Palimbangy
Walaupun hukumnya Sunnah, akan tetapi azan itu memiliki keutamaan dan nilai yang tinggi dan luar biasa. Karena azan itu sebagai syi’ar Islam dan syi’ar tauhid. Sebagai pemberitahuan akan masuknya waktu shalat. Dan seruan untuk melaksanakan shalat secara berjamaah.
Maka dari itu, kerjakanlah ibadah yang mulia ini dengan memperhatikan adab-adabnya
Berikut diantara adab-adab azan :
1. Dikerjakan saat sudah masuk waktu shalat.
Jika azan dikumandangkan sebelum waktunya, dikawatirkan ada orang sengaja menunggu azan dan begitu terdengar kumandang adzan dia langsung shalat. Padahal belum masuk waktu shalat, maka shalatnya tidak sah karena shalat bukan pada waktunya dan mu’azzin ikut menanggung dosanya
Imam As-Syairazi di dalam kitabnya Al-Muhadzdzab menuturkan: Tidak diperbolehkan untuk selain shalat subuh adzan sebelum masuk waktunya. Karena adzan itu dimaksudkan untuk memberitahu masuknya waktu shalat, maka tidak boleh adzan dilakukan sebelum waktunya. Kecuali shalat subuh maka diperbolehkan adzan dilakukan setelah lewat tengah malam”_ (Abu Ishak As-Syairazi, Al-Muhadzdzab, [Beirut: Darul Fikr, 2005], juz I, hal. 78).
“Sesungguhnya Bilal beradzan di malam hari, maka makan dan minumlah kalian sampai mendengar adzannya Ibnu Ummu Maktum” (HR. Imam Muslim).
_“Janganlah adzannya Bilal—atau Rasul berkata ‘panggilannya Bilal’—mencegah seorang di antara kalian dari santap sahurnya. Sesungguhnya Bilal beradzan—atau Rasul berkata ‘Bilal memanggil’—di malam hari agar orang yang sedang shalat malam di antara kalian pulang dan membangunkan orang yang tidur di antara kalian.”_ (HR. Imam Muslim)
2- Hendaklah azan dalam keadaan berdiri begitu juga iqamah, kerana sabda Rasulullah Shalallahu alaihi Wasallam:
Ya Bilal, bangunlah (berdirilah) dan serulah untuk sembahyang. (Hadits sohih muttafaqun ‘alaihi/HR. Imam Bukhori dan Muslim)
Berkata Ibnu Munzir :
Telah berlaku Ijmak ulama` bahawa berdiri ketika azan adalah sunnah”_.
Disunatkan berdiri juga kerana muazin-muazin Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam azan dalam keadaan berdiri: Lakukanlah bersama Bilal, ajarkan kepadanya apa yang kamu lihat dalam mimpimu. Dan hendaklah dia berazan karena dia lebih tinggi dan bagus suaranya dari kamu (Abdullah bin Zaid).” (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
3- Mengadap kiblat kerana muazin-muazin Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam azan mereka dalam keadaan mengadap kiblat, tetapi sah azan dengan tidak mengadap kiblat dan makruh hukumnya kerana menyalahi sunnah.
4- Suci daripada hadas kecil dan besar dan juga daripada najis-najis yang tidak dimaafkan: Rasulullah Saw bersabda, ‘Saya memakruhkan menyebut nama Allah SWT kecuali dalam keadaan suci,’ atau disebutkan dengan kata ‘ala thaharatin.”_ (HR. Abu Daud)
5- Berpaling ke kanan ketika mengucapkan ( حى على الصلاة ) dan berpaling ke kiri ketika mengucapkan ( حى على الفلاح ) dengan tidak memalingkan dada, yaitu berpaling muka dan lehir sahaja, ini kerana terdapat hadis daripada Abu Hanifah katanya: Dan azan Bilal Radhiyallahu Anhu maka aku menurut mulutnya kesana kesini ( dalam keadaan berpaling ) ke kana dan ke kiri (ketika mengucapkan lafadz azan)
6- Memasukkan jari telunjuk ke dalam telinga kerana hadis Abi Jahafah Radhiyallahu Anhu katanya: Aku Bilal R.A azan dan dia berpusing dan menjadikan mulutnya kesana kemari dan kedua telunjuknya berada dalam kedua telinganya”._
Tetapi tidak mengapa meninggalkannya kerana terdapat dalam sahih Bukhari yang menyatakan bahawa Bilal Radhiyallahu Anhu memasukkan jarinya ke dalam telinganya dan Ibnu Umar Radhiyallahu Anhu tidak melakukannya.
Dan telah menyebut sebahagian Ulama` dua hikmah daripada berpaling dan memasukkan telujuk ke dalam telinga iaitu :
1- Supaya seruan lebih kuat dan nafas lebih panjang.
2- Menunjukkan alamat bahawa seseorang itu sedang azan supaya orang lain jauh dapat mengenal bahawa azan sedang dilakukan dan juga orang yang tuli dapat mengenal bahawa azan sedang berkumandang.
7- Hendaklah dipilih orang yang baik dan elok suaranya serta lebih nyaring kerana terdapat hadis riwayat Iman Tirmizi :
Maksufnya : Maka bangunlah kamu ( pergi kepada Bilal Radhiyallahu Anhu) kerana sesungguhnya Bilal Radhiyallahu Anhu lebih elok suaranya dan lebih panjang daripada kamu ( Rasulullah Shalallahu alaihi wasallam bersabda kepada Abdullah bin Zaid ketika beliau memberitahu Rasulullah tentang azan dalam mimpinya ).”_
Dan terdapat riwayat daripada Ibnu Khuzaimah: Bahawasanya nabi Shalallahu alaihi wasallam pernah menyuruh lebih kurang 20 orang untuk azan dan mereka pun azan, maka Rasulullah s.a.w takjub dengan suara Abi Mahzurah, maka baginda mengajarkannya azan”._
_Wallahu a’lam bisshowab***